NUFFNANG ADDS

02 October, 2012

TEMUDUGA TERBUKA SYARIKAT SHAPADU ENERGY & ENGINEERING SDN BHD

Pada 27 September yang lalu, satu temuduga terbuka oleh syarikat Shapadu Energy & Engineering Sdn Bhd telah diadakan di Pejabat Tenaga Kerja Kemaman.. Shapadu adalah sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan di pelantar minyak dan gas seluruh Malaysia..

Antara kekosongan jawatan yang ada ialah :
  • Rigger
  • Scaffolder
  • Fitter
  • Instrument Technician
  • Safety Officer
  • Blaster / Painter
Temuduga diadakan dari pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang.. Seramai 64 orang pencari kerja telah datang untuk sesi temuduga.. Berikut adalah gambar semasa sesi temuduga diadakan...

 
Para pencari kerja mendaftar di kaunter & mengisi borang interview
Pencari kerja menunggu giliran untuk ditemuduga

Sesi temuduga sedang diadakan
Sesi temuduga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha bersama oleh kakitangan Pejabat Tenaga Kerja Kemaman dan wakil dari syarikat Shapadu Energy & Engineering Sdn Bhd.. Terima kasih kami ucapkan kepada para pencari kerja yang meluangkan masa dan hadir untuk sesi temuduga ini.. Sekian, Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment