NUFFNANG ADDS

02 October, 2012

DIALOG INDUSTRI

Pada 24 September yang lalu, pejabat tenaga kerja kemaman telah mengadakan satu majlis dinamakan Dialog Industri Penerangan Mengenai Perlaksanaan Gaji Minimum 2012.. Majlis ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan serta menjawab sebarang persoalan daripada pihak majikan berkenaan dengan Gaji Minimum yang telah diwartakan oleh kerajaan.. Seramai 35 majikan daripada berbagai jenis syarikat telah dijemput untuk hadir mendengar taklimat mengenai gaji minimum tersebut..
Maklumat majlis adalah berikut :
Tempat : Aras 4, Bangunan Persekutuan Kemaman
Jam : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari

Gambar majlis adalah seperti berikut :

Puan Hoe & Puan Emy Fatana dimeja pendaftaran dan menyambut tetamu dengan penuh mesra




Para majikan yang hadir pada majlis tersebut
 
Majlis dipengerusikan oleh En. Ahmad Shah Azril


Puan Rita menyampaikan taklimat berkenaan Gaji Minimum 2012
Setelah tamat taklimat oleh Puan Rita, para hadirin dijamu dengan jamuan pagi dan majlis disambung kembali pada jam 11.30 dengan sesi dialog bersama majikan.. Ini untuk memberi peluang kepada para majikan bertanyakan sebarang soalan kepada para panel.. Para panel yang hadir untuk sesi dialog pada hari tersebut
adalah :

Encik Mohd Azmi b. Muhammud, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Negeri Terengganu
Puan Rita Husni bt. Mat Nordin, Pen. Pengarah Pejabat Tenaga Kerja Kemaman
Puan Hoe Leng Suan, Pen. Pengarah Pejabat Tenaga Kerja Kemaman

Dari kiri : Puan Hoe Leng Suan, Encik Mohd Azmi & Puan Rita Husni

Dengan berakhirnya sesi dialog, maka tamatlah majlis Dialog Industri Penerangan Mengenai Perlaksanaan Gaji Minimum 2012 pada hari tersebut.. Kebanyakan para majikan pulang dengan informasi yang lebih mendalam mengenai gaji minimum dan memudahkan mereka untuk melaksanakan akta Gaji Minimum ini.. Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment